بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ok, kali nie Arie nak share artikel ni, tapi da lupe kat mane Arie amik..btw, check it out....
Setiap cinta itu perlukan pengorbanan. Mustahil untuk seseorang itu mempunyai cinta tanpa mengorbankan apa-apa. Bagaimana jika anda terpaksa mengorbankan hubungan kawan baik anda itu demi cinta anda. Sanggupkah anda mengambil risiko tersebut. Jadi persoalannya sekarang, menerima dia seadanya sebagai seorang kawan baik atau menjadikan dia sebagai seorang kekasih?
Jawapannya ialah meneruskan sebagai kawan baik sekiranya anda masih berusia 18 tahun kebawah. Ini kerana pada usia sebegini anda masih bergelar pelajar sekolah dan adalah lebih baik anda meneruskan pelajaran sehingga ke universiti dahulu. Lagipun pada usia sebegini, agak sukar untuk sesebuah hubungan cinta itu menuju ke alam perkahwinan.
Saya percaya dalam hidup kita sekurang-kurangnya kita akan jatuh cinta sekali pada kawan baik kerana kita tidak boleh lari daripada mainan perasaan. Ok, sebelum kita pergi lebih jauh, cuba anda fikirkan sejenak, bagaimana seseorang itu mampu memperoleh cinta?
Adakah anda akan terus menerima cinta seseorang yang secara tiba-tiba datang kepada anda dan luahkan 'I love U'? Jika dia datang dengan Ferrari mungkin ya. Tetapi kebiasaannya anda perlu faham, cinta itu....
- Bermula daripada sebuah perkenalan. Ya, mungkin dia merupakan rakan facebook anda, mungkin juga rakan sekolah anda, munggggkin juga dia bekas kekasih kawan baik anda.
- Hari demi hari berlalu, anda telah kenal hati budi dia. Jika anda terus menerus berhubungan dengan dia untuk satu masa yang panjang, dia akan secara perlahan diterima oleh diri anda menjadi kawan baik.
- Ok, sekarang dia dah jadi kawan karib anda, terus jadi kawan karib atau BERCINTA?
Ya, anda tidak akan terlepas daripada masalah ini dan bukan anda seorang saja yang mempunyai masalah ini. Anda sekarang hanya mempunyai 2 pilihan iaitu menjadikan dia sebagai seorang kekasih atau kawan baik. Apa yang perlu anda tahu?
Sekiranya pilihan anda kekasih
Kawan karib=tidak, kawan biasa=ya. Sekiranya kekasih adalah pilihan anda, tidak mungkin lagi wujud kawan karib antara kamu berdua sekiranya hubungan kamu tidak kesampaian. Tetapi berbaloi sekiranya anda yakin bahawa dia juga cinta anda. Tetapi sekiranya cinta anda bertepuk sebelah tangan, tidak mengapa, anda telah berjaya membuktikan kepada diri anda bahawa anda seorang yang berani.
Sekiranya pilihan anda kawan karib
Ini adalah pilihan yang selamat jika anda masih ragu-ragu jika dia cintakan anda juga. Anda membiarkan masa yang menentukan segalanya. Apabila masa berada disisi anda dan anda sabar menunggu, anda akan dapat melihat reaksi dia dari semasa ke semasa terhadap diri anda. Cuma keburukannya ialah anda akan memendam rasa dan mungkin akan jadi suatu penyesalan juga suatu hari nanti.
********************
Tidak salah untuk meluahkan saja apa yang anda rasa, jika korang seorang yang berani bersuara terhadap apa yang korang inginkan. Malu? Tiada apa yang perlu dimalukan jika cara korang meluahkan perasaan itu kena dengan caranya. Akhir kata, tanya dahulu kepada diri korang apa maksud kawan baik dan juga kekasih kepada diri korang. Apa beza antara keduanya?Kerana setiap orang mempunyai makna yang tersendiri terhadap kedua ini. Selamat beramal!
(Saya da kehilangan peluang tersebut, pengajaran yang amat perit.. :' )















